Pelekat Vinyl Decal?

Kelebihan & keistimewaan Menggunakan Pelekat Vinyl Decal

Pelekat Vinyl Decal adalah pelekat yang boleh menghasilkan perkataan yang sukar namun ia mudah diaplikasikan dimana-mana sahaja.

Contoh pelekat vinyl decal diletakkan :

Doorgift, Gelas atau Cawan, Pengantin & Bridesmaid, Laptop, Phone Case, Belon, Barangan Peribadi, Pelekat Nama, Pelekat Kaligrafi, Dekorasi Perkahwinan, Dekorasi Majlis, Dekorasi Rumah, Botol Air, Penyangkut Baju, Kotak Hadiah, Tajuk Buku Tetamu / Guest Book Cover, Diari, Planner Sticker, Kraftangan, Label

Keistimewaan pelekat vinyl decal ini jika digunakan sebagai hadiah, ianya unik, elegant serta eksklusif.

  • Vinyl Decal Made in Germany
  • Tahan selama 6 tahun atau lebih (Permanent)
  • Kalis air
  • Jenis material adalah Gloss
  • Indoor & Outdoor

Pelekat nama vinyl decal ini sangat cantik sehinggakan ia mampu menjadikan hadiah biasa tampak komersial dan mewah.

Jika digunakan untuk kegunaan peribadi, ia akan menambahkan lagi nilai sentimental. Jika diberikan sebagai hadiah, si penerima akan rasa dihargai & istimewa kerana hadiah tersebut mempunyai nilai tersendiri.

Apakah Vinyl?

Vinyl bukan bahan semulajadi tetapi bahan sintetik buatan manusia. Ia adalah sejenis plastik yang diperbuat daripada etilena (didapati dalam minyak mentah) dan klorin (terdapat dalam garam biasa). Apabila diproses, kedua-dua bahan digabungkan untuk membentuk Polyvinyl Chloride (PVC), biasanya ia dikenali sebagai Vinyl.

Vinyl tidak di print seperti pelekat biasa, hanya  menggunakan warna asal pada kertas tersebut. Kebiasaannya vinyl hanya menggunakan 1 warna sahaja atau beberapa warna yang ditindih lapisan warna.

Apakah decal?

Semua decal adalah pelekat (Sticker) tetapi tidak semua pelekat (Sticker) adalah decal. Sebenarrnya decal adalah pelekat hiasan, biasanya digunakan di luar (outdoor) serta mempunyai jangka hayat yang lama.

Kegunaan Pelekat Vinyl Decal

Kebiasaannya Vinyl digunakan untuk membuat wallpaper atau bahan untuk menutup (cover) sesuatu. Vinyl adalah sejenis bahan plastik yang tidak seperti plastik lain,ianya boleh dikitar semula. Kerana ketahanan vinyl, banyak produk yang diperbuat dari bahan ini mempunyai jangka hayat yang panjang. Konklusinya, Vinyl lebih selamat digunakan berbanding plastik atau sticker biasa.