Tentang SF & Co.

Siti Fathimah & Co. membekalkan keperluan hadiah & kraft. Tidak seperti kedai hadiah lain, kami fokus menyediakan custom pelekat perkataan/grafik khas untuk hadiah & kraf supaya ia dapat memberikan sentuhan istimewa kepada mereka yang tersayang.

Disebalik Tabir

Siti Fathimah

"Membeli hadiah bukanlah satu pembaziran malah sentiasa dinanti oleh setiap individu. Hadiah juga sebagai tanda seseorang menghargai seseorang yang lain." - SF & Co.

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Hai saya Fathimah, individu yang bertanggungjawab dibelakang tabir yang sentiasa bersemangat menjadikan pesanan pelekat hadiah anda dibuat dengan sempurna dan cantik

Mencari idea rekaan grafik dan terjemahkan didalam bentuk pelekat bukanlah satu ‘pekerjaan’ lagi buat saya, tetapi ianya sebuah rasa cinta untuk anda dimana ia perlu dipamerkan setiap hari
 
Secawan kopi di waktu pagi sehinggalah ke malam hari, saya gembira melakukan tempahan anda
 
Saya tahu, pelekat ini adalah simbol istimewa anda kepada diri sendiri mahupun kepada sidia. Pernahkah anda memberikan hadiah yang paling istimewa kepada seseorang?
 
Jangan malu dan segan untuk kongsikan bersama saya di laman sosial Siti Fathimah Co.™ tentang pengalaman anda memberi hadiah istimewa kepada yang tersayang.  Saya mahu mendengarnya 🙂

Studio Mini / Workspace

Jaminan

pos seluruh malaysia

Kami menyediakan 2 pilihan pengeposan yang murah & selamat buat anda

kualiti terbaik

Menjaga kualiti item adalah kewajipan buat kami. Jika kualiti tidak sempurna seperti yang ditempah, kami akan gantikannya dengan yang baru

keselamatan pembayaran

Pembayaran kami menggunakan sistem keselamatan yang selamat. kami hanya menggunakan satu kaedah pembayaran sahaja iaitu pembayaran online